Ciri-ciri stesen Stesen_Pasar_Seni

Lokasi

Stesen LRT Pasar Seni terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia diantara Jalan Sultan di sebelah timur dan Sungai Klang di sebelah barat. Stesen MRT Pasar Seni pula terletak di sebuah tapak yang dahulunya digunapakai oleh Hentian Bas Klang, Kompleks Plaza Wawasan dan Pusat Membeli Belah UO. Antara mercu tanda di sekitar stesen ini adalah Pasar Seni, Chinatown Kuala Lumpur (Jalan Petaling), Kuil Sri Mahamariamman, Tokong Sin Sze Si Ya, Masjid Negara, Kompleks Dayabumi, Wisma Tun Sambanthan, Taman Megalith Petronas, bagunan Public Bank, Stadium Chin Woo, bagunan Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur, Stesen Keretapi Kuala Lumpur dan Taman Budaya Kuala Lumpur.

Pelan stesen

L2
Platform LRT
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (KL Sentral)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (Masjid Jamek)
L1Aras legar LRT Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, kedai serbaguna, laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar MRT, jejambat pejalan kaki ke bagunan Pos Malaysia Kuala Lumpur dan 1 2 Kuala Lumpur
GAras tanahPintu masuk/keluar, Hab Bas Pasar Seni, hentian teksi dan kenderaan persendirian
B1Aras legar MRT Mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, dan laluan pejalan kaki berbayar ke ruang legar berbayar LRT
B2
Platform MRT
SBK Arah Selatan9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Merdeka)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SBK Arah Utara9 Laluan Sungai Buloh–Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh (Muzium Negara)

Stesen ini terdiri daripada dua stesen berbeza yang disambungkan oleh laluan pejalan kaki bertingkat: stesen LRT Pasar Seni dan stesen MRT Pasar Seni. Stesen LRT Pasar Seni adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras platform, aras legar, dan aras tanah. Stesen MRT Pasar Seni pula adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Sebuah pejalan kaki disediakan bagi menghubungkan kawasan berbayar LRT dengan kawasan berbayar MRT yang boleh diakses di aras legar.

Stesen LRT Pasar Seni mempunyai satu platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya manakala stesen MRT Pasar Seni mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Di stesen LRT Pasar Seni, terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Di stesen MRT Pasar Seni, terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[6]

Reka bentuk dalaman

Sama dengan stesen-stesen MRT bawah tanah yang lain, bagunan pintu stesen diinspirasikan dripada kristal kuarza yang boleh dijumpai di the permatang kuarza Bukit Tabur di Gombak, Selangor. Untuk bahagian dalam stesen MRT Pasar Seni, stesen ini telah diberi tema "Kuala" yang memaparkan sejarah pembagunan Kuala Lumpur.[7]

Pertukaran

Stesen Pasar Seni terletak kira-kira 150m timur laut Stesen Kuala Lumpur. Walaupun tidak bersebelahan, namun peta transit rasmi APAD dan RapidKL menunjukkan kedua-dua stesen sebagai satu pertukaran antara Laluan Kelana Jaya, Laluan Sungai Buloh-Kajang dengan KTM Komuter.[8] Oleh itu, penumpang yang ingin bertukar laluan di sini harus melalui jejambat pejalan kaki merentasi Sungai Klang dan Jalan Tun Sambanthan.

Perkhidmatan bas

Dibawah bagunan stesen LRT Pasar Seni terdapat hab bas utama bagi rangkaian bas RapidKL iaitu Hab Bas Pasar Seni. Laluan-laluan bas RapidKL yang berkhidmat di hab ini adalah laluan BET3, BET4, 180, 600, 640, 650, 750, 751, 770, 772, 780, 781, 782, 821 dan 851. Laluan bas GoKL Ungu, laluan bas Seranas 700, laluan bas Wawasan Sutera 710 dan 734 juga berkhidmat di hab ini.

Rujukan

WikiPedia: Stesen_Pasar_Seni http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/09/s... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=S... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07... https://www.mymrt.com.my/ms/awam/laluan-sungai-bul... https://www.myrapid.com.my/clients/Myrapid_Prasara... https://www.thestar.com.my/metro/community/2015/08... https://www.thestar.com.my/metro/community/2016/06... https://www.thestar.com.my/news/community/2011/10/... https://www.thesundaily.my/archive/1070248-ARARCH2... https://web.archive.org/web/20170425154549/http://...